Monday, 31 July 2017

MENCARI KEMENANGAN DALAM PERJUANGAN

MENCARI KEMENANGAN DALAM PERJUANGAN
Kata Murabbi,"Ketenangan itu merupakan kemenangan pertama dalam perjuangan".
Jadi,Macam mana nk tenang ni? 
Ada yg berpandangan bhw mereka suka melihat sumber alam spt tumbuhan, haiwan, batuan, laut,  air terjun, pndgn diatas bukit, pergerakan awan serta tasik, brulah mreka akn tenang...yer mungkin betul...tapi kenapa sbnrnya dgn melihat sumber alam kita akn tenang.?
--------------------------------------------------
Firman Allah S.W.T:
(أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
Maksudnya: Ketahuilah dengan mengingati Allah hati kita akan tenang.. Keterangan: kesinambungan daripada dalil ini dengan unsur alam tadi,semuanya yang ada di dunia adalah ciptaan Allah SWT, iaitu makhluk Allah..mereka sentasa berzikir kepada Allah SWT.Sebab itu kita tenang melihatnya kerana walaupun kita tidak nampak mereka berzikir tetapi kita dapat merasakan aura ketenagan yg mereka pantulkan kpd kita apabila melihatnya..Namun, bagi kita manusia knp masih ada yg sukar utk tenang,gopoh gapah dlm urusan,resah,gelisah dsb?
--------------------------------------------------
SABDA NABI SAW: (التَّأَنِّي مِن اللّهِ وَالْعَجَلَةُ مِن الْشَّيْطَانِ) Maksudnya: (Ketenangan itu drp Allah dan gopoh gapah itu drp Syaitan) 
Jawapan kpd persoalan mengapa kita sukar utk mencapai ketenangan krn kita tidak menjaga Hati..Hati Yang tidak dijaga pasti akan resah dan mudah digoda oleh Syaitan. Maka kesimpulannya utk mencapai ketenangan Yang maksima mestilah menjaga HATI. Hati yg dijaga iaitu Hati yg dipaluti dgn iman,dibajai dgn benih takwa dan disirami dgn rasa cinta kpd Allah. Inilah Hati yg sentiasa mengingati Allah,sentiasa berzikir kpd Allah S.W.T.Dengan itu, kita Akn dikawal drp mlakukan perkara yg meresahkan hati lalu Hati akan tenang dan akn hilanglah segala kegopohan yg ada. Maka apa jua urusan yg kita lakukan pasti akan berjalan lancar,pasti dipermudahkan..itulah Yang dikatakan KETENANGAN itu merupakan KEMENANGAN pertama dalam PERJUANGAN.

No comments:

Post a Comment

Terjebak dengan HUTANG? : Ini 10 Nasihat Robert Kiyosaki

1. Jangan terjebak dalam hutang yang harus kamu bayar. 2. Pastikan perbelanjaan kamu rendah. 3. Bina Aset terlebih dahulu. 4. Jangan terp...